Reaksi dari pertubuhan bukan kerajaan Krisis_diplomatik_Qatar_2017

Amnesty International mengutuk sekatan ini dan menuduh Arab Saudi, Bahrain dan (UAE) bermain-main dengan nyawa manusia. James Lynch, Timbalan Pengarah Program Isu Global di Amnesty International, mendakwa “Langkah-langkah drastik ini telah menyebabkan kesan-kesan yang kejam, memisahkan anak-anak daripada ibu bapa mereka dan suami daripada isteri. Rakyat dari seluruh wilayah – bukan hanya daripada Qatar, tetapi juga daripada negara-negara yang menerima pakai langkah-langkah ini – berisiko kehilangan kerja dan pendidikan mereka terganggu. Kesemua negara yang terlibat dalam pertikaian ini mesti memastikan tindakan mereka tidak akan membawa kepada pencabulan hak-hak kemanusian.” Amnesty International telah menerima laporan daripada mangsa-mangsa yang tidak dapat melawat anggota keluarga mereka, para pelajar yang terkandas dan para pekerja yang tidak dapat kembali bekerja di negara yang menentang.[31]

Majlis Pelarian Norway menyatakan kerisauan mereka bahawa krisis ini akan menjejaskan pembinaan semula di Palestin kerana Qatar adalah satu sumber bantuan kemanusiaan dan infrastruktur penting kepada Palestin.[32][33]

Reaksi-reaksi lain

Beberapa negara dan Pertubuhan Bangsa Bersatu[34] menyeru satu penyelesaian krisis diplomatik melalui dialog:

Menteri Luar Jerman, Sigmar Gabriel melahirkan sokongan kepada Qatar dan mengkritik krisis hubungan ini.[43] Beliau menuduh Presiden A.S, Donald Trump menyebabkan pergolakan krisis di Timur Tengah.[44]

India berkata ia melihat krisis ini sebagai satu krisis dalaman Majlis Kerjasama Teluk dan lebih bimbang akan para ekspatriat India di wilayah ini.[45][46]

Rujukan

WikiPedia: Krisis_diplomatik_Qatar_2017 http://www.news.com.au/finance/work/leaders/why-sa... http://www.afr.com/news/world/standard-and-poors-d... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/gazans-worri... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/qatar-diplom... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/qatar-diplom... http://www.aljazeera.com/news/2017/06/qatar-justif... http://allafrica.com/stories/201706080163.html http://www.arabianbusiness.com/emirates-post-group... http://www.bbc.com/news/world-middle-east-40046782 http://www.bbc.com/news/world-middle-east-40155829